[carpark_banner.JPG]

 

Karya; Penjejak Samurai.

Tarikh; 12 Julai 2007.

 

 

Pada Semester Pertama 2007-2008, kita dapat melihat senario harmoni dan kemeriahan kampus semakin malap. Boleh dikatakan tidak wujud lagi roh keharmonian itu.

 

Cemuhan demi cemuhan tercalit pada maruah UPM. Fakulti amat sunyi dan lengang. Yang meriah hanyalah di tempat menunggu bas. Bagi persepsi orang luar yang singgah lalu di kawasan menunggu bas, mereka akan terkejut kerana seperti berlakunya rusuhan seadanya situasi di tempat menunggu bas itu.

 

Mengapa ini terjadi?

 

[basmhswa.JPG]

 

Mahasiswa terpaksa berasak-asak di tempat menunggu bas dan berebut menaiki bas untuk pulang ke kolej kediaman. Kerana berkuat kuasa pada semester ini, mahasiswa (tidak mengira mahasiswa lama atau baharu) tidak lagi dibenarkan membawa kenderaan ke dalam kampus.

 

Apakah rasional dan justifikasinya? Di mana silapnya?

 

Dahulu, universiti ini amat disayangi oleh mahasiswanya. Kini, sedikit-demi sedikit, universiti ini bertambah-tambah dicemuh oleh orang luar (malahan mahasiswanya) kerana kesukaran mereka untuk meletak kenderaan di dalam kampus dan di kawasan kolej kediaman.

 

 

[carpark.JPG]

 

Sejak pertukaran Pengarah Bahagian Keselamatan UPM pada tahun 2006, mahasiswa secara perlahan-lahan dihakiskan hak mereka untuk meletak kenderaan di dalam kampus. Mereka tidak lagi dibenarkan meletak kenderaan di dalam kawasan fakulti, sebaliknya hanya dibenarkan berbuaat demikian di tempat tertentu seperti di kawasan parking Dewan Kuliah Akademik Pusat dan di hadapan Pusat Ko-kurikulum.

 

 [carpark5.JPG]

Kini, dengan secara mendadak, mahasiswa tidak lagi dibenarkan membawa kenderaan mereka ke dalam kampus. Adakah ini satu usaha untuk menyusahkan kehidupan dan kebajikan mahasiswa? Atau mungkin pihak universiti sengaja membiarkan mahasiswa pro-pembangkang memainkan isu ini sebagai modal pilihanraya kampus lalu membiarkan kemenangan memihak kepada mereka?.

 

 

 

" Mungkin adalah wajar jika seluruh warga UPM, tidak mengira mahasiswa atau kakitangan, bersama-sama tidak membawa kenderaan, tetapi berjalan kaki, menunggang basikal, atau menaiki bas untuk ke kampus dan kolej kediaman"

 

Persoalannya, bolehkah ini direalisasikan jika keengganan kakitangan menerima hakikat dan cabaran ini? Jika tidak boleh direalisasikan, ini harus dinamakan sebagai undang-undang yang berat sebelah.

 

[carpark2.JPG]

 

 

[carpark3.JPG]

 

 

Adakah jika mahasiswa mengadu, pihak bertanggungjawab akan melayan aduan mahasiswa ini? Perlukah sehingga mereka terpaksa mengadu kepada pihak kementerian, atau last resort kepada pihak media seperti Buletin Utama?

 

 

 

Hakikatnya, universiti ini hanya mementingkan kebajikan buat kakitangannya. Tidak ada ruang untuk mahasiswa mendapat keselesaan. Universiti sewajarnya dibina untuk melahirkan mahasiswa yang mampu untuk menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Universiti adalah tapak pembangunan dan penjanaan modal insan.

 

Terpalit kesukaran untuk menjayakan misi nasional jika masalah kebajikan mahasiswa diperlakukan sedemikan terhadap mahasiswa UPM. Kini, universiti ini bukanlah untuk tujuan mencapai matlamat tersebut, bahkan universiti ini hanyalah untuk menjamin keselesaan dan masa depan yang lebih cemerlang buat kakitangan yang berkhidmat di dalam kampus ini.

 

Memang benar, pensyarah selaku Tok Guru kepada anak murid (mahasiswa), maka perlulah mahasiswa menghormati dan mendahulukan kepentingan Tok Guru itu tadi.

[carpark4.JPG]

Namun begitu, mahasiswa tidak boleh diperlakukan seakan-akan anak sekolahan. Zaman berubah. Kemajuan negara dengan perkembangan teknologi terkini tidak boleh dinafikan. Jika dahulu mahasiswa tidak mampu langsung untuk membeli sepeda/motorsikal untuk ke kuliah, kini majoriti mahasiswa mempunyai kenderaan bermotor sendiri untuk ke kuliah.

 

Persoalannya, sampai bilakah keadaan meruncing ini akan dikekalkan? Selama-lamanya?

 

Sebagai kesimpulannya, mahasiswa yang rasional perlu bersuara pada saluran yang betul. Masalah kebajikan mahasiswa ini tidak boleh dipandang ringan. Badan persatuan yang membela kebajikan mahasiswa dan jika mereka ini masih wujud dalam kampus, sewajarnya tidak boleh berdiam diri dan mengunci mulut semata-mata kerana bimbangkan ancaman dan ugutan. Kebajikan dan maruah mahasiswa perlu dikembalikan ke tempat asalnya. Mahasiswa adalah 'pelanggan' di universiti. Mahasiswa ada hak. Satukan suara ini. Mahasiswa, bangkit menuntut hak dan maruah!

 

 

    

   

 

 

Anda Mahasiswa UPM?

 

Anda mempunyai masalah di dalam kampus?

Pengangkutan? Meal Plan? Harga Makanan? Sistem akademik? Yuran? Kemudahan kolej kediaman?

Sila adukan masalah anda kepada kami. Kami boleh membantu anda.

Emailkan aduan anda ke mahasiswaupm@yahoo.com

 

Kerana kami ada cara!

P/S; Add kami ke dalam .

Friendster anda dengan email ini! .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembali ke Halaman Utama Mahasiswa-UPM

 

 

.